8 Aug 2017

PROGRAM FIT SMS4 MENDAKI BUKIT BENDERA, PULAU PINANG

JUMAAT, 28 JULAI 2017 – Badan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah mengadakan program Fit SMS4 bertempat di Bukit Bendera, Pulau Pinang.


Program Fit SMS4 ini merupakan program mendaki Bukit Bendera sebagai persediaan memperkuatkan fizikal dan stamina menjelang Sukan Mahkamah Syariah Kali ke 4 (SMS4) yang akan diadakan di Melaka pada 10 Ogos 2017 hingga 13 Ogos 2017.
 
Aturcara program bermula pada jam 3.00 petang di mana peserta program yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan Jabatan berkumpul di Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang untuk sama-sama menaiki kenderaan bergerak menuju ke kaki Bukit Bendera yang terletak di Taman Belia, Pulau Pinang. Setibanya di sana peserta program telah diminta untuk membuat senaman ringkas untuk meregangkan otot sebelum memulakan program mendaki Bukit Bendera. Pada sekitar jam 3.30 petang program mendaki dimulakan, peserta yang terlibat mengambil kesempatan menikmati pemandangan dalam perjalanan mendaki dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Matlamat pendakian disasarkan hanya pada peringkat "stage 3" pendakian kerana mengambil kira faktor umur sebahagian daripada peserta dan factor masa yang tidak mengizinkan bagi peserta yang tinggal di seberang perai untuk pulang ke rumah. 

Pada sekitar jam 4.30 petang peserta program telah Berjaya tiba di "stage 3". Peserta-peserta mengambil kesempatan untuk berehat sambil membasahkan tekak sebelum meneruskan aktiviti menuruni Bukit Bendera. Pada jam 5.00 petang peserta-peserta yang terlibat telah Berjaya sampai kembali ke kaki bukit. Tahniah diucapkan kerana telah Berjaya menghabiskan program Fit SMS4 dengan jayanya. Antara respon yang diterima adalah amat menggalakan dan ada yang mensyorkan agar program seperti ini diadakan diadakan dengan lebih kerap selain dan menyihatkan badan ianya dan menghilangkan tekanan kerja seharian. 
 
Tahniah diucapkan diatas penganjuran aktiviti ini terutamanya kepada Pengerusi BAKEPP iaitu YA Haji Mohd Yunus Bin Mohamad Zin dan AJK yang dilantik dalam merealisasikan program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
 
Sekian, terima kasih.










 
 

 
 
 
 
 


 
 
 
 
 


 
Comments
0 Comments

0 ulasan:

Post a Comment

Terms In Use