Ucapan Pengerusi BAKEPP 2016 - 2018


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya kita berpeluang meraikan tahun 2017. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan Kelab Kebajikan dan Sukan (BAKEEP) yang lalu atas kepimpinan dan sumbangan semasa menerajui BAKEEP. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada seluruh warga BAKEEP  yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2016 dengan cemerlang. Harapan saya semoga setiap individu dari semua peringkat dapat meneruskan usaha murni untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan BAKEEP dengan memperkasakan semangat kerja berpasukan sesama kita supaya dapat menghasilkan kerja yang berkualiti, kreatif, inovatif demi mencapai Visi dan Misi BAKEEP. Akhir kata saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 kepada semua warga BAKEEP dan selamat maju jaya. Sekian, Wassalam. 
Comments
0 Comments