14 Jul 2017

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017 ANJURAN BAKEPP DENGAN KERJASAMA JKSNPP & PGSMPP

RABU, 12 JULAI 2017 – Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang.


Program anjuran Badan Kebajikan dan Sukan JKSN Pulau Pinang ( BAKEPP ) dengan kerjasama JKSNPP dan untuk pertama kalinya bersama Persatuan Peguam Syarie Pulau Pinang ( PGSMPP ) ini merupakan aktiviti tahunan yang di nanti-nantikan pada bulan Syawal ini. Seperti kebiasaannya setiap unit/bahagian dan mahkamah diminta membuka gerai-gerai juadah dan dihagikan mengikut menu hidangan yang ditetapkan. Antara menu hidangan yang terdapat pada jamuan hari raya pada tahun ini adalah Nasi Tomato ( BAKEPP ), Kambing Bakar ( Pegawai Gred 41 ke atas ), pasembur/kuih raya ( Unit Pentadbiran ), ketupat, rendang dan lemang/kerepek ( Mahkamah tinggi/ICT/BSK/Unit Rekod ), bihun sup/biskut raya ( Mahkamah Rendah Barat Daya ), Char Keow Teow/ Manisan ( Mahkamah Rendah Timur Laut ), laksa/kek ( Mahkamah Rendah Seberang Perai Utara ), aneka minuman ( Mahkamah Rendah Seberang Perai Selatan ), mee kari/kacang ( Mahkamah Rendah Seberang Perai Tengah )  dan satu gerai bagi PGSMPP yang menyediakan satay.
 
Sementara melayan kunjungan tetamu yang hadir daripada pelbagai Jabatan/Agensi dalam negeri Pulau Pinang, majlis diceriakan acara cabutan bertuan yang mana 3 orang peserta yang bertuah akan dipilih dikalangan warga JKSN Pulau Pinang. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Memasuki jam 2.15 petang tibalah masa yang ditungu-tunggu yang mana pengumuman bagi gerai-gerai terbaik sepanjang Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017. Tahniah diucapkan kepada gerai Mahkamah tinggi/ICT/BSK/Unit Rekod yang memenangi Gerai Paling Ceria, Mahkamah Rendah Seberang Perai Selatan yang memenangi Gerai Staff Paling Bekerjasama dan Unit Pentadbiran yang memenangi Gerai Layanan Terbaik hadiah disampaikan oleh YAA Dato Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan.
 
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 telah tiba di penghujungnya terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini dan tidak lupa kepada Pengerusi BAKEPP iaitu YA Haji Mohd Yunus Bin Mohamad Zin dan AJK yang dilantik diatas penganjuran program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
 
Sekian, terima kasih.

 
 

 




































 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
Comments
0 Comments

0 ulasan:

Post a Comment

Terms In Use