29 Aug 2017

PERUTUSAN EDUL ADHA 1438H / 2017 PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar,
Allahuakhbar Walillahilhamdu,

Bismillahi Rahmani Rahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Yang Arif / Tuan / Puan / Saudara / Saudari Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, Saya mewakili Exco dan Ahli Jawatankuasa BAKEPP 2016/2017 mengucapkan Selamat Menyambut Edul Adha 1438 Hijrah kepada SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN  DAN seluruh warga kerja JKSNPP AMNYA.

Semoga kedatangan Edul Adha pada kali ini dapat memberi ingatan kepada kita tentang peristiwa penting kepada semua umat Islam yang telah menjadi sejarah dan pelajaran yang amat bermanfaat kepada kita. Bermula dengan peristiwa Qurban Qabil dan Habil hinggalah kepada Nabi Allah Ibrahim Alihi Salam dan petera kesayangan iaitu Nabi Allah Ismail Alaihi Salam. Pengajaran tentang sifat pengorbanan yang tiada tolok bandingnya untuk kita hayati dan contohi khususnya dalam kehidupan seharian kita saban hari.

Kami juga mendoakan semoga Yang Arif dan tuan / puan sentiasa berada dalam keredhaan Allah dan sejahtera sentiasa bersama keluarga dan kepada yang pulang ke kampong halaman masing-masing untuk menyambut Edul Adha kami mengucapkan semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik dan selamat kembali semula seperti biasa In Shaa Allah.

Salam hormat,
YA. Haji Mohd Yunus Bin Mohamad Zin
Pengerusi
Kelab Kebajikan dan Sukan
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulalu Pinang ( Bakepp )
Comments
0 Comments

0 ulasan:

Post a Comment

Terms In Use