Maaf Zahir dan Batin

Aidilfitri 2017

21 Jun 2017

PERUTUSAN AIDILFITRI 1438H / 2017 PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar,
Allahuakhbar Walillahilhamdu,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Yang Arif / Tuan / Puan / Saudara / Saudari Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, Kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan limpah rahmat dan kurniaan-Nya kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijriah bersamaan dengan tahun 2017 ini dalam suasana penuh kesyukuran.

Bersempena dengan bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, khasnya kepada semua warga kerja JKSNPP. Aidilfitri yang kita rayakan pada hari ini merupakan tanda kemenangan umat Islam setelah berjaya mengharungi ibadah puasa selama sebulan dengan menahan diri daripada makan dan minum serta mentarbiahkan diri dengan mengerjakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan demi menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

Justeru, sambutan Hari Raya Aidilfitri membawa kepada pengertian kebersihan jiwa dan kesucian hati serta kesegaran tubuh dan minda. Dengan memiliki jiwa dan hati yang suci bersih, umat Islam dapat kembali kepada fitrah insan dengan rasa Ubudiyah kepada Allah SWT dan dapat menjalankan kehidupan di atas landasan taqwa sebagaimana yang dinatijahkan dari madrasah Ramadhan iaitu menjadikan manusia yang bertaqwa.

Berbekalkan sifat taqwa, saya menyeru agar kita semua kembali bersatu hati, mengeratkan tali silaturrahim dan persefahaman antara satu sama lain dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan kepada kita. Demi memastikan sambutan Hari Raya ini terus dirayakan dalam suasana penuh kesyukuran dan kegembiraan, saya mendoakan kepada semua warga JKSNPP semoga dipelihara Allah sepanjang tempoh bercuti dan dapat kembali ke pejabat dengan penuh semangat hasil dari tarbiah Ramadhan.
 
Dalam kemeriahan ini juga kita diseru untuk menghulurkan bantuan dan mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita yang ditimpa musibah dan kesusahan sama ada di dalam dan luar negara, agar mereka turut sama merasai Aidilfitri. Perbanyakkanlah tahmid dan berdoa semoga Allah merahmati kita semua.

Akhir sekali, saya dengan seikhlas hati semurni kasih mewakili saf kepimpinan Kelab Kebajikan dan Sukan JKSNPP menyampaikan ucapan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN” kepada semua warga kerja JKSNPP khasnya dan semua panjawat awam amnya serta umat Islam.

Salam hormat,
YA. Haji Mohd Yunus Bin Mohamad Zin
Pengerusi
Kelab Kebajikan dan Sukan
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulalu Pinang ( Bakepp )

14 Jun 2017

PROGRAM IHYA' RAMADHAN, KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017 JKSNPP & BAKEPP

RABU, 14 JUN 2017 – Program Ihya' Ramadan, Khatam Al-Quran dan Majlis Iftar Jamaie 2017 JKSNPP & BAKEPP telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang