14 Jun 2017

PROGRAM IHYA' RAMADHAN, KHATAM AL-QURAN DAN MAJLIS IFTAR JAMAIE 2017 JKSNPP & BAKEPP

RABU, 14 JUN 2017 – Program Ihya' Ramadan, Khatam Al-Quran dan Majlis Iftar Jamaie 2017 JKSNPP & BAKEPP telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

Program anjuran Badan Kebajikan dan Sukan JKSN Pulau Pinang ( BAKEPP ) ini merupakan aktiviti tahunan pada bulan Ramadan. Berbeza pada tahun sebelumnya pada kali ini program tersebut bermula lebih awal pada jam 12 tengah hari dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk oleh staf- staf JKSN Pulau Pinang. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Solat Zohor Berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Mohd Fariq Azaimi Bin Apandi, Pegawai Sulh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut. Pada jam 3.00 petang hadirin yang hadir sekali lagi dihidangkan dengan Ceramah Ihya' Ramadan yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Hanif Azmir Bin Hassim yang merupakan Qari Kebangsaan/Negeri Pulau Pinang. Banyak pengisian ilmu yang diperolehi dalam program kali ini, selesai ceramah hadirin yang hadir siap sedia untuk menunaikan Solat Asar Berjemaah yang di imamkan oleh Ustaz Hanif Azmir Bin Hassim sendiri.
 
Agenda program seterusnya adalah Majlis Khatam AL-Quran dan Tahlil yang didakan bermula jam 6.30 petang yang dipimpin oleh Tuan Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan. Apabila azan berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi negeri Pulau Pinang program diteruskan dengan Iftar Jamaie, menu juadah berbuka puasa disumbangkan oleh setiap mahkamah rendah daerah dan bahagian/unit di Ibu Pejabat JKSN Pulau Pinang dengan sumbangan tambahan daripada BAKEPP sebanyak RM50 untuk setiap mahkamah dan unit/bahagian di Ibu Pejabat terbabit. 
 
Selesai menjamu juadah berbuka puasa hadirin kembali berkumpul untuk menunaikan Solat Maghrib Berjemaah yang di imamkan oleh Tuan Mohamad Sanusi Bin Ishak Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Timur laut. Sesudah menunaikan solat Maghrib Ketua Hakim Syarie,  YAA Dato' Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan telah berbesar hati untuk memberi duit raya kepada anak-anak kakitanga Jabatan yang turut hadir bersama. YAA dato' juga telah sudi menyumbangkan sumbangan Edulfitri kepada kakitangan gred N14 dan ke bawah dan pemberian saguhati kepada ketua-ketua pasukan untuk Sukan Mahkamah Syariah kali ke 4 yang akan diadakan pada bulan Ogos di negeri Melaka.
 
Hadirin kemudiannya kembali ke dalam saf-saf untuk menunaikan Solat Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Tuan Nik Bukhari Hashimy Bin Nik Yahya, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah dan diikuti dengan Solat Sunat Terawih Berjemaah yang di imamkan oleh Tuan Mohd Fariq Azaimi Bin Apandi, Pegawai Sulh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut.
 
 Berakhirnya Solat Sunat Terawih maka program Ihya Ramadan pun sudah tiba di penghujungnya kakitangan Jabatan telah sama-sama bergotong-royong mengemaskan dan membersihkan kembali tempat yang digunakan untuk bersolat dan ketika iftar disamping menjamu selera (Moreh) makanan dan minuman yang disediakan. Sungguh banyak manfaat yang diperolehi dari program Ihya Ramadan ini semoga diteruskan pada tahun yang mendatang dan terima kasih diucapkan kepada Badan Kebajikan Dan Sukan JKSNPP (BAKEPP) terutamanya YA Mohd Yunus Bin Mohamad Zin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang merangkap Pengerusi ,BAKEPP dan Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan penganjuran program ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
Comments
0 Comments

0 ulasan:

Post a Comment

Terms In Use